Chapter 3 : Bermulalah kehidupan yang baru
*Di Airport London
Setibanya kira di Lapangan terbang London dia memerhatikan samaada Puan Syakila sudah menantinya. Kira Nampak kertas yang tertulis namanya dan sudah pastilah itulah Puan Syakila dari wakil Mara di London. “ Hai , nama akak syakila panggil sahaja kak kila semua student yang akak dah tolong semua panggil kak kila..hehe” , “Ye kak kila terima kasih tolong saya ye”, “Ish ini memang kerja akak ok lepas ni akak bawa kamu ke asrama student then kamu bolehlah rehat esok akak bawa kamu pergi daftar dan akak uruskan semua termasuk kemasukan elaun semua yer”, “ Baik kak Kila terima kasih” .
Sesampai sahaja di asrama kira perhatikan asramanya sangat lawa siap ada tempak memasak. “Kira buat hari ni kira duduk rumah akak yer maaf sebab asrama kuncinya pada abang Faisal dia dan bini dia pergi bercuti pulak.lagipun bahaya lah tiada siapa kat asrama”, “ La ini rumah akak ker mati-mati saya ingat asrama lawa sangat” , “ Haha lawaklah kira ni maaf akak lupa nak bagitahu esok akak bawak kira jumpa sorang student dia memang nak cari housemate pun lagi satu sewa dia pun boleh tahan murah dan senang nak ke university dekat” , “ Yes Ma’am hehe baik kak” .
Esoknya selepas pendaftaran kira telah dibawah kak kila untuk bertemu dengan seorang student tahun Akhir lagi sebulan dia akan menamatkan pengajiannya iaitu Nur Asyikin dia begitu petah bercakap dengan loghat kelantannya yang pekat dan masih segar dengan percakapannya, dia begitu ramah dan mesra sekali. Dia meminta untuk dipanggil Kak Ekin jer, memang bernasib baik dapat bertemu dengan orang yang mesra memang tidak kekok dan senang untuk dibawa berbual. “ Molek lah mu dok sini dok lama lagi deh kak tinggal sini ha laghi tigo oghe ado kelah nun satgi balik loh, mu dok pehe deh kak ghoyak gapo ke mu ok maaf ye kak ghoyak baso KL deh”.Kira dengar dengan muka blur “Sebenarnya bukan lah tak paham sangat, disebabkan kak cakap begitu laju jadi take time saya nak paham maaf ye kak”. “ Haha takpa akak paham akak pun tinggal sebulan je sekarang pun dah takda kelas dah sekarang tinggal nak kemas barang je nak balik”.
Selepas penerangan yang panjang lebar dari kak Ekin dari mula tandas sampai lah ke dapur semuanya ditunjukkan oleh kak Ekin akhir Sekali sampai jua dibilik, biliknya memang lawa dari segi hiasannya menunjukkan bahawa roommate ku ini pengemas orangnya.Malam tu akhirnya ak berkenalan dengan roommateku namanya Siti Zulaikha lebih mesra dipanggil Eka ,Eka tua setahun dari aku dia sangat peramah dan satu yang ak suka dengan dirinya ialah dia sentiasa tersenyum dan mesra sekali seorang pelajar jurusan Awam bakal menjadi seorang Arkitek dia sekarang berada di tahun kedua pengajiannya. Rumah ini diduduki seramai 7 orang dimana ada 3 buah bilik dua bilik akan diduduki 2 orang persatu bilik dan lagi satu bilik akan diduduki 3 orang kerana ia adalah Masterbedroom.Oleh Kerana 4 orang dari mereka akan menamatkan pengajian jadi sekarang rumah itu perlukan 4 orang lagi untuk menampung sewa dan bil. Norul Elena seorang lagi penyewa di rumah ini seorang student jurusan Bisnes ambil MBA dan berada di tahun 1 semester 2 seorang yang pendiam tapi sekali dia berkata – kata ia adalah satu arahan bagi semua yang mendengar.
3 bulan sudah berlalu macam tidak percaya sekarang rumah itu telah berpenghuni penuh dengan jasa baik Elena dan Eka yang begitu ringan mulut bertanya kepada Student Melayu yang lain. Akhirnya kini lengkap aku tidak perlu membayar sewa yang tinggi lagi kerana sekarang pembahagian sewa telah berkurang dengan adanya 4 orang lagi. Bilik Pertama iaitu Master bedroom akan diduduki oleh Zaidatul Zakiah lebih mesra dipanggil Zack,Ayu lisa-lisa dan Laila Karmila – Mila Mereka bertiga sama jurusan iaitu Fesyen mereka bertiga mereka baju dan berada di tahun pertama dan yang akan berkongsi bilik dengan Elena ialah liana maria lebih selesa dipanggil Mari seorang pelajar jurusan Peguam di tahun kedua Pengajian.Sekarang aku sudah biasa dengan kehidupan sebagai seorang student di bandar metropolitan london ini.
*Rumah Kira di Malaysia
Suasana dirumah kecoh sekali dengan kenduri yang sedang berlangsung Puan Alina sibuk menguruskan majlis menyambut puasa kerana dalam 2 hari lagi akan tiba bulan ramadhan sedar tidak sedar sudah 7 bulan Kira berada diperantauan, dalam kekecohan majlis Puan Alina tersenyum sebentar mengenangkan Anak gadis kesayangannya yang Kini berada diperantauan terfikir juga Puan Alina bagaimanalah agaknya keadaannya disana adakah makan dan minum anak gadisnya itu terjaga.
“Mak kenapa termenung je ni”, tegur khai yang sudah biasa membahasakan Puan Alina sebagai Mak.
“Ehm khai, takde pape Cuma terkenangkan kira sekarang”, Muka Puan Alina agak sugul.
“Mak jangan risau kirakan kuat makan mana tahu kurus dia sekarang”, khai berkata dalam nada bergurau
“Khai kamu nilah “, Puan Alina kembali tersenyum.
Anak lelaki Puan Alina kamarul datang membawa khabar gembira kepada puan Alina bahawa Kirana akan kembali untuk beraya dikampung kerana hari raya jatuh pada musim cuti jadi dia berpeluang untuk beraya dikampung, mendengar berita tersebut seluruh ahli keluarga mengirim pelbagai souvenir untuk dibawa pulang .
*Asrama kira di London
Kira termenung mengenangkan usaha kerasa dia Selama 9 bulan, kira telah merancang dietnya dengan baik sekali dan disebabkan Ekalah misi dia menguruskan badan telah berjaya memang dia berbeza sekali dengan kira yang pertama kali datang ke london setiap pagi Eka mengajaknya berjogging , dan Eka telah membantu pengawalan makanan kira, apa yang kira ada sekarang semua jasa baik Eka . Roomate Kira telah datang untuk memberitahu perihal percutian dia ke korea dan ingin mengajak kira sekali untuk bercuti di Korea Seminggu sebelum kembali beraya. “ Kira jomlah ikut aku kita pegi seminggu then terus balik malaysia dari korea nak tak”, “ aku memang nak ,teringin sangat nak ke sana ..tapi ak tak mampulah nak beli tiket pergi balik lagi ..maaf ye Eka”. “ Lah jangan risau semuanya ditanggung”. Kira tercengang mendengar ayat Eka kerana dia langsung tidak faham maksud teman sebiliknya itu. Eka menerangkan bahawa sebenarnya percutian itu dirancang oleh Eka dan sepupunya tapi sepupunya itu membawa teman jadi hendak mengelakkan kejanggalan sepupunya itu memberi idea yang bernas untuk mengajak seorang lagi ,jadi kira lah orangnya yang akan menemani mereka.
Hakcipta terpelihara by FASHAM